KITA MESTI MENANG!!!

“AYUH RAKYAT MALAYSIA, KITA BANGKIT DAN BERJUANG
BERSAMA PERANGI COVID-19"

#ATMSentiasaBersepadu
#TenteraBentengPertahananNegara
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#StayHealthyProtectYourself
#FightTogether
#StayAtHome



PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID19

Hari ini adalah hari kelima kita semua mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Perintah yang bermula sejak 18 Mac lalu hanya akan berakhir pada 31 Mac nanti.
Semoga kita semua terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik.
Buat semua, Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan
Please Stay at Home, We Stay at Work for U.
Kita mampu lakukannya untuk mengelakkan penularan wabak COVID19.
Semoga kita semua didalam lindunganNya..











FAMILY DAY TAHUN 2020


Kuala Lumpur, 14 Mac 2020 – Tenaga Kerja (CTK) telah melaksanakan sambutan hari keluarga yang bertempat di Dewan Setia Wira, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan tali silaturrahim di kalangan warga CTK bersama ahli keluarga yang hadir, menyerahkan sumbangan kepada ahli keluarga yang baru mendirikan rumah tangga, masuk hospital kerana status kesihatan dan juga melahirkan zuriat. Majlis telah dirasmikan oleh Mej Jen Suriakala a/p Suriabagavan, Ketua Pengarah Tenaga Kerja. Pelbagai aktiviti sukaneka diadakan selain daripada hidangan sajian yang menyelerakan. Majlis berakhir jam 1240 dengan jayanya. Semoga kemesraan kekeluargaan CTK ini terus berkekalan hendakNya.. aaminn.




























BUAL BICARA KETUA PENGARAH CTK BERSAMA STESYEN RADIO MINNAL FM



Kuala Lumpur, 8 Mac 2020 ~ Jemputan panel program bual bicara kepada Mej Jen Suriakala a/p Suriabagavan, Ketua Pengarah Tenaga Kerja bersama Stesen Radio Minnal FM di Wisma Radio RTM, Angkasapuri sempena Hari Wanita Sedunia Tahun 2020. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran peg dan anggota-anggota dari CTK.
Selamat Hari Wanita Sedunia Untuk Semua Pegawai Dan Anggota Wanita Warga BPA.













KARNIVAL JOM MASUK IPT 2020 - SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE


Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu Sabah - Tim Promosi ATM dari Cawangan Tenaga Kerja (CTK) bersama-sama pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kini berada di Karnival Jom Masuk IPT 2020 yang dilaksanakan bermula pada 7 Mac hingga 8 Mac 2020. Karnival ini mendapat sambutan meriah daripada pelajar lepasan SPM/STPM yang berada di sekitar daerah tersebut. Karnival ini telah dirasmikanoleh YB Datuk Dr. Yusof bin Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah.