Kuala Lumpur, 14 Mac 2020 – Tenaga Kerja (CTK) telah melaksanakan sambutan hari keluarga yang bertempat di Dewan Setia Wira, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan tali silaturrahim di kalangan warga CTK bersama ahli keluarga yang hadir, menyerahkan sumbangan kepada ahli keluarga yang baru mendirikan rumah tangga, masuk hospital kerana status kesihatan dan juga melahirkan zuriat. Majlis telah dirasmikan oleh Mej Jen Suriakala a/p Suriabagavan, Ketua Pengarah Tenaga Kerja. Pelbagai aktiviti sukaneka diadakan selain daripada hidangan sajian yang menyelerakan. Majlis berakhir jam 1240 dengan jayanya. Semoga kemesraan kekeluargaan CTK ini terus berkekalan hendakNya.. aaminn.
No comments:
Post a Comment