PROMOSI KERJAYA ATM DI KARNIVAL PEDULI RAKYAT 2019



Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Shah Alam dan Persatuan Agropreneur Selangor (AGROSEL) melalui Pejabat Menteri Pertahanan telah mempelawa CTK bersama-sama menjayakan KARNIVAL PEDULI RAKYAT 2019 (KPR 19) yang diadakan mulai 6 hingga 8 Dis 19 bertempat di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC).


CTK memenuhi jemputan pada 7 hingga 8 Dis 19 dengan mendekati para belia yang berminat bertanyakan tentang peluang kerjaya di dalam ATM. Selain daripada pameran-pameran daripada jabatan atau agensi kerajaan mahupun swasta, terdapat juga gerai jualan barangan makanan, pakaian, tanaman. Juga terdapat demonstrasi, permainan rakyat dan juga moden serta beberapa persembahan yang menarik minat pengunjung di kawasan sekitar Shah Alam. Tidak ketinggalan, Menteri Pertahanan Malaysia turut meluangkan masa beramah-mesra di semua gerai-gerai pameran mahupun jualan petang semalam.




























TEMUDUGA KELUAR DAN MASUK PEGAWAI CTK BERSAMA PTK



13 Nov 2019 (Rabu) ~ Temuduga keluar dan masuk Pegawai CTK bersama PTK, YBhg Brig Jen Suriakala a/p Suriabagavan telah diadakan yang melibatkan Lt Kol Rithaudin bin Jamhuri yang bertukar keluar atas dasar kenaikan pangkat dan menjawat jawatan Timbalan Komander di Rej 515 (AW). Beliau digantikan oleh Mej Muhammad Shazarikh bin Shaad dari 6 RS dan menjawat jawatan PS 2 Rancang A1. Seterusnya, Kapt Mohd Faizal bin Nor Azman bertukar keluar ke ATD- Kolej Pegawai sebagai Ketua Jurulatih dan digantikan oleh Kapt Lokman Hilmi bin Halim dari 2 KAD yang menjawat jawatan PS 3 SU Lembaga No 2 (3 Khidmat).

Kepada Lt Kol Rithaudin dan Kapt Faizal, Selamat Bertugas di tempat baru. Semoga lebih berjaya dan lebih cemerlang.

Kepada Mej Syazarikh dan Kapt Lokman, Selamat Datang ke CTK.









TAKLIMAT KERJAYA PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH - UPSI


Tg Malim, 13 Nov 2019 (Rabu) ~ CTK menerima jemputan dari Jabatan Arah Pendidikan yang bekerjasama dengan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan Sesi Taklimat Kerjaya Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Sesi taklimat disampaikan oleh 2 x wakil pegawai dari TKC yang dilaksanakan di Perpustakaan Tunku Bainun.











SAMBUTAN BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT CTK



BPA-CTK ~ 25 Okt 2019 (Jumaat). CTK telah menyahut saranan Bulan Sukan Negara dengan melaksanakan aktiviti Pertandingan Sukan Boling Peringkat CTK bertempat di Wangsa Bowl, Wangsa Walk, KL.


Pertandingan diadakan pada jam 1000 dan berakhir sekitar jam 1300. Acara kemuncak aktiviti adalah penyampaian hadiah yang disampaikan oleh PS1 TKA merangkap Pemangku PTK kepada para pemenang individu dan juga kumpulan. Juga beberapa hadiah misteri yang menggamatkan suasana dan mencuit hati para peserta. Aktiviti berlangsung secara sederhana tetapi meriah. 

Semoga aktiviti yang dilaksanakan dengan baik ini dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwah, mengekalkan keharmonian dan semangat kekeluargaan warga CTK keseluruhannya. Salam tahniah kepada semua yang terlibat.