CTK
telah melaksanakan Pemilihan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) peringkat
pertama mulai 11 hingga 15 Januari 2019. Pemilihan peringkat pertama melibatkan
3 lokasi iaitu MSS Taiping, Perak, MSS Desa Pahlawan, Kelantan dan MSS Kluang,
Johor. Proses pemilihan dilakukan selama
4 hari dimana calon-calon akan menjalani Pemeriksaan Perubatan dan beberapa
ujian lain seperti ujian fizikal, ujian bertulis, ujian pengucapan awam dan
penilaian, ujian kepimpinan dan merancang serta ujian pengetahuan am.
Pemilihan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) peringkat yang kedua
mulai 23 hingga 27 Januari 2019. Pemilihan peringkat kedua melibatkan 3 lokasi
iaitu di MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan, Transit Kota Kinabalu,
Kem Lok Kawi, Sabah dan Transit Kuching, Sarawak. Pengarah Tenaga Kerja, Brig
Jen Suriakala a/p Suriabagavan turut menghadiri Lembaga Awal di MALBATT Village
bersama tim pemilihan yang lain.