KARNIVAL KO AKADEMIK

Tangkak, Johor. 23 Feb 2019 (Sabtu). Cawangan Tenaga Kerja menyertai Karnival Ko Akademik anjuran Kolej Matrikulasi Johor bertempat di Dewan Sri Ledang yang dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Mohd Yusof bin Samad, Pengarah, Kolej Matrikulasi Johor. Pelbagai aktiviti dan pameran dari agensi seperti Markas Angkatan Tentera Malaysia (Promasi Kerjaya), Pos Malaysia Berhad, Kementerian Kesihatan (Program Derma Darah) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Karnival ini merupakan program tahunan dan merupakan satu platform antara semua jabatan dengan pelajar untuk berkumpul bagi memberi ruang kepada semua warga kolej dan komuniti sekitarnya mengenali serta mengetahui aktiviti-aktiviti Ko-Akademik yang diadakan di kolej ini.