29 dan 30 Apr 19 - Cawangan Tenaga Kerja-TKC telah melaksanakan Pemilihan Calon Pegawai Pergigian (Senarai Tugas Ikhtisas) Siri 1/2019 seramai 5 Calon yang mana 1 calon telah menarik diri. 4 Calon telah berjaya ke peringkat Lembaga Awal dan seterusnya Lembaga No.2 dijangkakan pada 9 Mei 19. Semoga berjaya.
PEMILIHAN CALON PEGAWAI KADET UPNM PENGAMBILAN TAHUN 2019
20 hingga 23 Apr 19 - Cawangan Tenaga Kerja - Sel C telah melaksanakan Pemilihan Calon Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi Tahun 2019. Proses pemilihan ini telah dilaksanakan di 9 Pusat Pemilihan yang dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia. Antara lokasi-lokasi terpilih adalah seperti berikut:
1. Zon Utara
a. MSS Taiping, Perak
b. KTU, Alor Setar, Kedah
2. Zon Tengah
a. UPNM, Kuala Lumpur
3. Zon Timur
a. MSS Kuantan, Pahang
4. Zon Selatan
a. MSS Kluang, Johor
b. ATD - Kolej Peg, Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan
c. 8 RRD (Para), Kem Terendak, Melaka
5. Zon Sabah
a. 671 Transit Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah
6. Zon Sarawak
a. 671 Transit Kuching, Sarawak
Pemilihan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang permasalahan. Calon-calon yang berjaya akan diumumkan melalui laman web rasmi www.upu.moe.gov.my seawal bulan Mei 19 dan Calon-calon akan melapor diri sebagai Pelajar Asasi di UPNM pada pertengahan bulan Jun 19.
SEMINAR KERJAYA KESELAMATAN & PERTAHANAN - UPNM
UPNM, Sg Besi 13 Apr 19 - Cawangan Tenaga Kerja telah menyertai Seminar Kerjaya Keselamatan & Pertahanan Negara Pilihan Graduan UPNM bersama Jabatan-jabatan Kerajaan yang lain seperti PDRM, JPJ, APMM dan Kastam di Dewan Lestari UPNM. Matlamat utama program ini berlangsung adalah untuk memberi pendedahan kepada PALAPES UPNM mengenai tawaran Kemasukan Skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) di samping berkongsi pengalaman semasa menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet di UPNM.
Subscribe to:
Posts (Atom)