PEMAKAIAN PANGKAT KETUA PENGARAH TENAGA KERJA

29 Feb 2020 - Bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Brigadier Jeneral Suriakala a/p Suriabagavan, Pengarah Tenaga Kerja (PTK) ke Mejar Jeneral dengan jawatan Ketua Pengarah Tenaga Kerja (KPTK) berkuatkuasa 29 Jan 2020. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg KPTK. Semoga YBhg KPTK sentiasa maju jaya dan dapat berkongsi kegembiraan ini bersama keluarga tercinta dan sanak saudara serta rakan taulan. Kami warga CTK amat berbangga dengan berita kejayaan ini. Semoga terus berjaya!




PERMOHONAN PEGAWAI KADET UPNM TAHUN 2020 DIBUKA

BERMINAT NAK JADI PEGAWAI KADET ATM? NAK MASUK UPNM?





Permohonan UPU ONLINE Sesi Akademik 2020/2021 Telah Pun Dibuka Hari Ini (24 Feb 2020). Kepada Pelajar Lepasan SPM Yang Berminat Untuk Menyertai Angkatan Tentera Malaysia Melalui Skim Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Bolehlah Memohon Secara Atas Talian di Laman Sesawang www.http://upu.moe.gov.my dan Meletakkan UPNM Sebagai Pilihan Pertama IPTA Anda. Sebelum Mengemukakan Permohonan, Pemohon Wajib Membeli Nombor Unik ID Melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM di talian 03-88708200. Tarikh tutup bagi permohonan UPUOnline adalah pada 31.3.2020.

KARNIVAL JOM MASUK IPT TAHUN 2020 - UMP GAMBANG


UMP, Gambang, 22 Feb 2020 - Tim Promosi ATM dari Cawangan Tenaga Kerja (CTK) bersama-sama pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kini berada di Karnival Jom Masuk IPT 2020 yang dilaksanakan pada 22 hingga 23 hingga Feb 2020. Karnival ini mendapat sambutan meriah daripada pelajar lepasan SPM/STPM yang berada di sekitar daerah tersebut. Karnival ini telah dirasmikan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. @ Universiti Malaysia Pahang












SESI PEMILIHAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH (GRADUAN) TAHUN 2020 FASA KEDUA


Sesi pemilihan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) Tahun 2020 Fasa Kedua yang bermula pada 15 hingga 19 Feb 2020 telah dilaksanakan di 5 buah lokasi Pusat Pemilihan iaitu di Malbatt Village, Port Dickson, Kem Transit Kota Kinabalu, 22 RAMD Sandakan, Kem Transit Kuching dan 3 RRD Sibu. Salam tahniah kepada yang berjaya hingga ke Lembaga Awal.





























KARNIVAL JOM MASUK IPT TAHUN 2020 - PERSADA JOHOR BAHARU


PESADA Johor, Convention Central Johor Bahru - Tim Promosi ATM dari Cawangan Tenaga Kerja (CTK) dan pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah terlibat dengan Karnival Jom Masuk IPT 2020 yang dilaksanakan pada 15 hingga 16 Feb 2020. Karnival ini mendapat sambutan meriah daripada pelajar lepasan SPM/STPM yang berada di sekitar daerah Johor. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Puan Teo Nie Ching Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia semasa pembukaan karnival tersebut.