28 Mei 19 - Cawangan Tenaga Kerja telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran/Berbuka Puasa/Solat Berjemaah Maghrib/Isyak/Terawih dan Moreh di Dataran CTK yang dihadiri oleh semua Pegawai, Anggota dan Staf Awam.
Di dalam majlis tersebut juga, telah diadakan penyampaian sumbangan cenderahati kepada peserta Khatam Al Quran, Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada Pegawai, Anggota dan Staf Awam yang mendapat cahayamata, masuk hospital dan khairat kematian serta penyerahan beg kepada anggota yang bertugas semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Suriakala a/p Suriabagavan selaku Pengarah Tenaga Kerja.
No comments:
Post a Comment