MAJLIS ANGKAT SUMPAH PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH (GRADUAN) TLDM SIRI 27/2019


Lumut, KD Sultan Idris 1, 19 Jun 2019. Majlis Angkat Sumpah Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) Tentera Laut DiRaja Malaysia telah selamat disempurnakan bertempat di Auditorium Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM Lumut. Majlis mengangkat sumpah ini terdiri daripada 40 orang Pegawai Kadet iaitu seramai 36 orang kadet lelaki dan 4 orang kadet wanita serta telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah KDSI 1 iaitu Kept Jamsari bin Tahir TLDM, Ketua Jurulatih dan Pegawai-pegawai dari KDSI 1. Wakil dari Cawangan Tenaga Kerja Markas ATM iaitu Lt Syeikh Hidayatullah bin Roslan adalah sebagai Pegawai Pentadbir Sumpah. Majlis ini diakhiri dengan simbolik penyerahan Skrol oleh Kapt Arrizal bin Zakaria TUDM selaku PS 3 Pengambilan bagi mewakili Pengarah Tenaga Kerja CTK kepada Pegawai Memerintah KDSI 1 menandakan penyerahan sepenuhnya Pegawai Kadet kepada KDSI 1 untuk meneruskan latihan ketenteraan selama 9 bulan di pusat latihan ini.
















No comments:

Post a Comment