PAMERAN KERJAYA DAN PROMOSI ATM BAGI PROGRAM URBAN YOUTH FESTIVAL


KUALA LUMPUR, 30 JUN 19 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menjayakan Pameran Kerjaya dan Promosi ATM bagi Program Urban Youth Festival sempena Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran Pergerakan Belia Inspirasi dan Kementerian Belia Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program ini melibatkan pameran Kerjaya dan Promosi serta segmen Pertunjukan War Dance dari Maktab Tentera Diraja.
Program anjuran Pergerakan Belia Inspirasi dan Kementerian Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijayakan oleh pameran kerjaya dan promosi Bahagian Perkhidmatan Anggota- Cawangan Tenaga Kerja (BPA-CTK). Juga turut serta adalah pameran promosi dan pengambilan daripada Sel Promosi dan Pengambilan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja. Tujuan utama pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai memberi pendedahan dan menarik minat para belia kumpulan sasar terutamanya di kalangan remaja menyertai Angkatan Tentera Malaysia.























MAJLIS ANGKAT SUMPAH PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH (GRADUAN) TENTERA DARAT MALAYSIA BAGI PENGAMBILAN TAHUN 2019


PORT DICKSON, 20 JUN 19 - Majlis Angkat Sumpah Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) TDM tahun 2019 telah berlangsung bertempat di Akademi Tentera Darat. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Divisyen Kadet Akademi Tentera Darat iaitu Lt Kol Adam Buqhary bin Amzah. Seramai 162 orang Pegawai Kadet telah mengangkat sumpah yang terdiri dari 145 orang kadet lelaki dan 17 orang kadet wanita. Simbolik penyerahan pegawai kadet telah dilaksanakan oleh Kdr Shaharudin bin Abu Bakar TLDM bagi mewakili Pengarah Tenaga Kerja kepada pihak ATD.












MAJLIS ANGKAT SUMPAH PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH (GRADUAN) TUDM


Kepala Batas, 20 Jun 2019. Majlis Angkat Sumpah Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) TUDM tahun 2019 telah berlangsung bertempat di Sekolah Latihan Pegawai, Kolej Tentera Udara, Alor Setar. Seramai 26 orang Pegawai Kadet yang terdiri dari 20 kadet lelaki dan 6 kadet wanita telah mengangkat sumpah dengan disaksikan oleh Komandan Kolej Tentera Udara. @ Pusat Latihan Pegawai(PLP) Kolej Tentera Udara