KUALA LUMPUR, 30 JUN 19 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menjayakan Pameran Kerjaya dan Promosi ATM bagi Program Urban Youth Festival sempena Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran Pergerakan Belia Inspirasi dan Kementerian Belia Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program ini melibatkan pameran Kerjaya dan Promosi serta segmen Pertunjukan War Dance dari Maktab Tentera Diraja.
Program anjuran Pergerakan Belia Inspirasi dan Kementerian Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijayakan oleh pameran kerjaya dan promosi Bahagian Perkhidmatan Anggota- Cawangan Tenaga Kerja (BPA-CTK). Juga turut serta adalah pameran promosi dan pengambilan daripada Sel Promosi dan Pengambilan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja. Tujuan utama pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai memberi pendedahan dan menarik minat para belia kumpulan sasar terutamanya di kalangan remaja menyertai Angkatan Tentera Malaysia.
No comments:
Post a Comment