KARNIVAL JOM MASUK IPT 2019 - MAEPS SERDANG


Serdang, Selangor - Cawangan Tenaga Kerja telah menyertai Karnival JOM MASUK IPT 2019 (Zon Tengah) anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) bertempat di Dewan D, MAEPS Serdang. Program ini akan berlangsung selama 2 hari pada 30 & 31 Mac 2019. Cawangan Tenaga Kerja bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai aktiviti pameran, promosi pengajian serta kerjaya khususnya dalam Bidang Ketenteraan. Selain daripada bidang akademik, Cawangan Tenaga Kerja juga mempromosikan Tawaran Kemasukan Skim Pegawai Kadet UPNM bagi Tahun 2019. Pelbagai Universiti, IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia juga telah sama-sama menyertai karnival tersebut. Karnival ini merupakan salah satu program tahunan bertujuan menarik minat pelajar-pelajar lepasan SPM dan Diploma melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya.









HARI KESIHATAN SEMPENA JUBLI PERAK PEMERINTAHAN LATIHAN DAN DOKTRIN TENTERA DARAT



Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan - Tim Pemilihan Pegawai ATM, Cawangan Tenaga Kerja, Sel C sedang terlibat dengan Pameran Aset Ketenteraan, Demontrasi sempena Hari Kesihatan Jubli Perak Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) mulai 23 hingga 24 Mac 19. Kepada yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan Kemasukan sebagai Pegawai ATM bolehlah hadir ke Pantai Cahaya Negeri, PD hari ini dan esok. Jumpa disana.












KARNIVAL JOM MASUK IPT 2019 - AEON MALL KOTA BAHRU


KOTA BAHRU, KELANTAN - 16 hingga 17 Mac 2019. Cawangan Tenaga Kerja telah menyertai Karnival JOM MASUK IPT anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) bertempat di Aeon Mall, Kota Bahru. Program Perasmian akan disempurnakan oleh Prof Dr Noor Azizi bin Ismail - Naib Canselor. Cawangan Tenaga Kerja bekerjama dengan Bahagian Pengurusan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai aktiviti pameran, promosi pengajian serta kerjaya khususnya dalam Bidang Ketenteraan. Selain daripada bidang akademik, Cawangan Tenaga Kerja juga mempromosikan Tawaran Kemasukan Skim Pegawai Kadet UPNM bagi Tahun 2019. Pelbagai Universiti, IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia juga telah sama menyertai karnival tersebut. Karnival ini merupakan salah satu program tahunan bertujuan menarik minat pelajar-pelajar lepasan SPM dan Diploma melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya.












KARNIVAL JOM MASUK IPT 2019 - USM PULAU PINANG

PULAU PINANG - 9 hingga 10 Mac 2019. Cawangan Tenaga Kerja Sel C telah menyertai Karnival JOM MASUK Institut Pengajian Tinggi (IPT) anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysua bertempat di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM). Cawangan Tenaga Kerja bekerjama dengan Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai aktiviti pameran, promosi pengajian serta kerjaya khususnya dalam Bidang Ketenteraan. Selain daripada bidang akademik, Cawangan Tenaga Kerja juga mempromosikan Tawaran Kemasukan Skim Pegawai Kadet UPNM bagi Tahun 2019. Pelbagai Universiti, IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia juga telah sama-sama menyertai karnival ini. Karnival ini merupakan salah satu program tahunan bagi bertujuan menarik minat pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM dan Diploma untuk melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya.










KARNIVAL JOM MASUK IPT 2019 - UTHM



BATU PAHAT, JOHOR - 2 hingga 3 Mac 2019. Cawangan Tenaga Kerja Sel C telah menyertai Karnival JOM MASUK IPT anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) bertempat di Padang Kawad Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Program Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM pada jam 1500. Cawangan Tenaga Kerja bekerjama dengan Bahagian Pengurusan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai aktiviti pameran, promosi pengajian serta kerjaya khususnya dalam Bidang Ketenteraan. Selain daripada bidang akademik, Cawangan Tenaga Kerja juga mempromosikan Tawaran Kemasukan Skim Pegawai Kadet UPNM bagi Tahun 2019. Pelbagai Universiti, IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia juga telah sama-sama menyertai karnival tersebut. Karnival ini merupakan salah satu program tahunan bertujuan menarik minat pelajar-pelajar lepasan SPM dan Diploma melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya.