Serdang, Selangor - Cawangan Tenaga Kerja telah menyertai Karnival JOM MASUK IPT 2019 (Zon Tengah) anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) bertempat di Dewan D, MAEPS Serdang. Program ini akan berlangsung selama 2 hari pada 30 & 31 Mac 2019. Cawangan Tenaga Kerja bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai aktiviti pameran, promosi pengajian serta kerjaya khususnya dalam Bidang Ketenteraan. Selain daripada bidang akademik, Cawangan Tenaga Kerja juga mempromosikan Tawaran Kemasukan Skim Pegawai Kadet UPNM bagi Tahun 2019. Pelbagai Universiti, IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia juga telah sama-sama menyertai karnival tersebut. Karnival ini merupakan salah satu program tahunan bertujuan menarik minat pelajar-pelajar lepasan SPM dan Diploma melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya.
No comments:
Post a Comment