BATU PAHAT, JOHOR - 2 hingga 3 Mac 2019. Cawangan Tenaga Kerja Sel C telah menyertai Karnival JOM MASUK IPT anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) bertempat di Padang Kawad Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Program Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM pada jam 1500. Cawangan Tenaga Kerja bekerjama dengan Bahagian Pengurusan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai aktiviti pameran, promosi pengajian serta kerjaya khususnya dalam Bidang Ketenteraan. Selain daripada bidang akademik, Cawangan Tenaga Kerja juga mempromosikan Tawaran Kemasukan Skim Pegawai Kadet UPNM bagi Tahun 2019. Pelbagai Universiti, IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia juga telah sama-sama menyertai karnival tersebut. Karnival ini merupakan salah satu program tahunan bertujuan menarik minat pelajar-pelajar lepasan SPM dan Diploma melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya.
No comments:
Post a Comment