KOTA BAHRU, KELANTAN - 16 hingga 17 Mac 2019. Cawangan Tenaga Kerja telah menyertai Karnival JOM MASUK IPT anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) bertempat di Aeon Mall, Kota Bahru. Program Perasmian akan disempurnakan oleh Prof Dr Noor Azizi bin Ismail - Naib Canselor. Cawangan Tenaga Kerja bekerjama dengan Bahagian Pengurusan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai aktiviti pameran, promosi pengajian serta kerjaya khususnya dalam Bidang Ketenteraan. Selain daripada bidang akademik, Cawangan Tenaga Kerja juga mempromosikan Tawaran Kemasukan Skim Pegawai Kadet UPNM bagi Tahun 2019. Pelbagai Universiti, IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia juga telah sama menyertai karnival tersebut. Karnival ini merupakan salah satu program tahunan bertujuan menarik minat pelajar-pelajar lepasan SPM dan Diploma melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya.
No comments:
Post a Comment