PULAU PINANG - 9 hingga 10 Mac 2019. Cawangan Tenaga Kerja Sel C telah menyertai Karnival JOM MASUK Institut Pengajian Tinggi (IPT) anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysua bertempat di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM). Cawangan Tenaga Kerja bekerjama dengan Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai aktiviti pameran, promosi pengajian serta kerjaya khususnya dalam Bidang Ketenteraan. Selain daripada bidang akademik, Cawangan Tenaga Kerja juga mempromosikan Tawaran Kemasukan Skim Pegawai Kadet UPNM bagi Tahun 2019. Pelbagai Universiti, IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia juga telah sama-sama menyertai karnival ini. Karnival ini merupakan salah satu program tahunan bagi bertujuan menarik minat pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM dan Diploma untuk melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya.
No comments:
Post a Comment